• Telaga Zamzam Dibersih, Siap Sebelum Ramadan

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+


    MAKKAH – Telaga Zamzam di Masjidil Haram yang wujud sejak Nabi Ismail AS bakal dibersihkan pihak berkuasa bagi memastikan aliran air lancar, menurut laporan media Aran Saudi semalam.

    Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Presiden bagi Kompleks Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais setelah mendapat perkenan kelulusan daripada Raja Salman Abdulaziz Al-Saud baru-baru ini

    Menurut beliau, baginda selaku Penjaga Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sudahpun mengizinkan projek tersebut yang akan mengambil masa tujuh bulan untuk diselesaikan. Ia dijangka siap menjelang Ramadan pada 2018 ini.

    Projek berkenaan akan meliputi dua bahagian iaitu pertama adalah untuk mengenal pasti lima aliran air bagi telaga Zamzam di bahagian timur mataf, Keseluruhan aliran air itu sepanjang 120 meter dan selebar lapan meter.

    Bahagian kedua pula adalah pembersihan kawasan sekitar telaga dengan mengalihkan serpihan konkrit dan besi yang digunakan di bahagian bawah tanah lama Masjidil Haram, lapor portal berita tempatan Saudi Gazette..

    Projek tidak didedahkan kos tersebut juga termasuk usaha pemasangan komponen gipsum yang sudah dibersihkan di sekeliling telaga berkenaan bagi memastikan aliran air menjadi lebih lancar selepas siap kelak.

    Ketika ini pihak Jabatan Geologi Arab Saudi dikatakan mempunyai Pusat Pengajian dan Penyelidikan Zamzam yang dapat menganalisis ciri-ciri teknikal telaga dengan lebih terperinci tanpa menjejaskan sumber air.

    Paras air dipantau oleh hidrograf, yang baru-baru ini sudah diubah kepada sistem pemantauan digital yang meneliti ketinggian air, keberaliran elektrik, pH, Eh dan suhu.

    Terletak kira-kira 20 meter dari Kaabah, telaga Zamzam dipercayai telaga tertua di dunia memandangkan airnya sudah mengalir selama 5000 tahun.

    Telaga itu mengepam sehingga 18.5 liter air setiap saat dan dalamnya hanya 30 meter, lapor Saudi Gazette.

    Sekitar 120 tan air Zamzam dibawa ke tangki-tangki di Masjid Nabawi setiap hari, menggunakan lori tangki dengan ciri-ciri khusus untuk melindunginya daripada tercemar.

    Air Zamzam dimasukkan ke dalam 7,000 bekas yang steril atau bersih dan diagihkan di dalam dan di luar masjid itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Telaga Zamzam Dibersih, Siap Sebelum Ramadan "