• Teknologi Pintar E-Sarawak Impian Abang Jo

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+
    KUCHING: Teknologi pintar e-Sarawak mampu merealisasikan impian Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg untuk membangunkan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri pintar dan moden tidak lama lagi.

    Beliau dipetik Utusan Borneo sebagai berkata, di Estonia, ia dipanggil e-Estonia kerana semuanya elektronik, daripada itu, saya mempunyai impian untuk Sarawak dikenali sebagai e-Sarawak yang pintar.

    "Bandaraya Kuching khususnya, masih tidak begitu besar dan mempunyai tanah yang luas untuk dibangun dengan bandar-bandar baharu yang pintar dan moden, dengan mengintegerasika dan menggabungkan pusat warisan sedia ada," katanya.

    Tambahan kepada teknologi tersebut, ketua menteri juga mahu menggunakan sistem 'dissoult' yang kini diguna pakai di Paris dan juga Singapura yang akan digunakan untuk Majlis Perancangan Negeri (SPA).

    Utusan Borneo turut melaporkan, ketua menteri menjelaskan bahawa sistem 'dissoult' membolehkan pelan induk pembangunan dipaparkan menerusi realiti maya dan kelulusan projek boleh dilakukan berdasarkan pelan induk tersebut.

    "Ia akan benar-benar dilaksanakan menurut pelan induk yang dipersetujui dengan infrastruktur yang mengambil kira lokasi parit, aliran air, mobiliti trafik, orang serta prasarana yang diperlukan, bagaimana ia bersambung dengan kawasan hijau, tempat letak kereta dan sebagainya dapat dibuat menerusi simulasi tambahan.

    "Maka itu, kita mesti mempunyai infrastruktur asas yang akan mengubah Sarawak menjadi pintar menerusi sambungan digital, ujar beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " Teknologi Pintar E-Sarawak Impian Abang Jo "