• Tekanan Darah Tinggi Bukan Lagi 140!

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+
    LOS ANGELES: Tekanan darah tinggi didefinisikan semula pada Isnin oleh Persatuan Jantung Amerika (AHA), yang menyatakan bahawa penyakit itu perlu dirawat segera apabila ia mencecah bacaan 130/80 mm Hg dan bukannya 140/90 seperti had sebelum ini.

    Para doktor kini menyedari bahawa komplikasi "boleh berlaku pada bacaan nombor yang lebih rendah," menurut kemas kini pertama garis panduan komprehensif Amerika Syarikat (AS)mengenai pengesanan dan rawatan tekanan darah sejak 2003.

    Penulis utama panduan jurnal AHA, hipertensi dan Jurnal Kolej Amerika Kardiologi, Paul Whelton berkata, diagnosis tekanan darah tinggi baharu tidak semestinya bermakna seseorang itu perlu mengambil ubat.

    "Ini adalah amaran bahawa anda perlu menurunkan tekanan darah, terutamanya bukan dengan menggunakan ubat-ubatan"," katanya.

    Perubahan gaya hidup sihat termasuk menurunkan berat badan, bersenam lebih kerap, pengambilan makanan sihat, mengelakkan alkohol dan garam, berhenti merokok serta mengelakkan tekanan.

    Piawaian baharu ini bermakna hampir separuh (46 peratus) penduduk AS akan ditakrifkan sebagai mempunyai tekanan darah tinggi.

    Had normal untuk tekanan darah adalah pada 120 (sistolik) atau berapa banyak tekanan darah di dinding arteri apabila jantung berdegup, dan 80 (diastolik) yang diukur di antara denyutan nadi. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tekanan Darah Tinggi Bukan Lagi 140! "