• Teka-teki Cinta Fattzura: Penerbangan Tertangguh, Sidang Media Dijangka Lewat

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+


    Peminat yang selama ini menunggu tentang status perkahwinan pasangan popular ini bakal mendapat kepastian jika mereka benar-benar sudah bernikah.

    Spekulasi kisah cinta pasangan popular, Nur Fazura dan Fattah Amin bakal terjawab petang ini dalam satu sidang media yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini petang ini.

    Sidang media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat yang dipercayai dinaiki oleh Fattah, Fazura dan rombongan keluarga mereka dari Arab Saudi.

    Pasangan ini mula rapat selepas digandingkan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, yang disiarkan pertengahan tahun ini.

    Saksikan secara langsung 'Sidang Media Khas Fattah Amin dan Fazura' melalui platform Astro AWANI (www.astroawani/live-tv) pada pukul 5.30 petang, FB Live jam 5.45 petang dan di Saluran 501 (Astro AWANI) sebaik sahaja sidang media bermula. Tonton! - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Teka-teki Cinta Fattzura: Penerbangan Tertangguh, Sidang Media Dijangka Lewat "