• Tanah Luas, Sarawak Mampu Pertingkatkan Lagi Sumber Pertanian

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+
    Foto: Pertanian TOP (gambar hiasan)
    Sarawak merupakan negeri yang mempunyai keluasan yang begitu besar berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Pada 2010, Sarawak berada pada tangga ketiga terbesar menyumbang hasil pertanian negara.

    Kerja keras kerajaan negeri selama ini memberi perhatian terhadap pertanian dan menyedia peruntukkan yang besar kepada pertanian berjaya membawa Sarawak sebagai penumbang hasil pertanian negara yang utama pada 2016.

    Ditambah dengan dasar kerajaan yang meyukat dan mewartakan tanah NCR untuk diusahakan oleh rakyat merupakan mekanisma terbaik melonjak sektor pertanian negeri.

    Dalam peringkat pertama pengukuran secara perimeter dilaksanakan untuk pewartaan kawasan tersebut sebagai Rizab Komunal (Pertanian) Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, setakat Oktober 2017, seluas 804,826 hektar (1,988,725 ekar) telah berjaya diukur perimeternya dan daripada jumlah tersebut seluas 643,017 hektar (1,588,895 ekar) di seluruh negeri telah diwartakan.

    Ini memudahkan rakyat terutama pemilik tanah yang telah diwartakan dapat mengusaha tanah mereka untuk mempertingkatkan lagi sumber pertanian. Justeru ia akan meningkatkan lagi sumber pendapatan rakyat dan mengekalkan kedudukan teratas negeri ini sebagai penyumbang hasil pertanian negara. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Tanah Luas, Sarawak Mampu Pertingkatkan Lagi Sumber Pertanian "