• Taman Agro Sadong Jaya Bakal Dilengkapi Internet, Kemudahan Moden

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    SADONG JAYA: Taman Agro Sadong Jaya dilengkapi bakal dilengkapi dengan internet dan kemudahan moden, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Menurut beliau, sebelum ini sebuah lagi taman agro telah diumumkan di kawasan Sarikei.

    Memetik laporan Utusan Borneo, kerajaan negeri mewujudkan taman agro sebagai landasan untuk mempergiatkan sektor pertanian berikutan potensi kawasan tersebut untuk menghasilkan produk makanan.

    "Kita akan menjalankan penyelidikan dengan agensi berkaitan termasuk Jabatan Tanah dan Survei untuk mewujudkan taman agro ini," katanya.

    Jelasnya, penduduk kampung akan dapat menjual hasil pertanian atau produk makanan mereka secara online kerana taman agro itu nanti akan dilengkapi kemudahan internet.

    Tambah beliau, kewujudan pusat pengumpulan produk pertanian yang dibangunkan di Samarahan, amat bertepatan dengan penubuhan taman agro tersebut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Taman Agro Sadong Jaya Bakal Dilengkapi Internet, Kemudahan Moden "