• Tak Puas Hati Kereta Dipintas, Bergaduh Tengah Highway!

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    Jangan suka ikut kepala sendiri, nanti buruk padahnya. Inilah yang terjadi apabila satu gambar memaparkan pergaduhan melibatkan beberapa orang lelaki di tengah-tengah highway kini viral di laman sosial.

    Pergaduhan yang membabitkan kereta jenis Honda HR-V dengan Perodua Avanza itu telah mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas dalam satu kejadian di daerah Smesco, Gatot Subroto, Jakarta Selatan, Selasa lalu.

    Insiden pergaduhan tersebut menyaksikan pemilik kedua-dua kereta berkenaan dilihat bertengkar dan bertumbuk antara sama lain berikutan tidak puas hati apabila kenderaan yang sedang dipandu dipintas secara mendadak.

    Kejadian yang jarang berlaku ini telah dikongsi oleh seorang netizen bernama Andremagis menerusi akaun media sosial miliknya dan secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

    “Pagi tadi di hadapan Smesco. Tidak puas hati kena pintas secara mendadak. Bergaduh 2 lawan 2. Boleh dianggap sebagai senaman pagi di Smesco Gatot Subroto ni,” tulisnya menerusi posting itu.

    Hmmm…Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Ingatlah, seberapa besar dan mewah pun kenderaan yang dimiliki, kita masih berkongsi jalan raya yang sama.

    Oleh itu, semua orang berhak mendapatkan rasa selamat dan selesa. Jadilah pengguna jalan raya yang bertimbang rasa dan sabar. Okay? Drive safely!– MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " Tak Puas Hati Kereta Dipintas, Bergaduh Tengah Highway! "