• Tak Naik Pangkat Jika Berat Badan Berlebihan - PDRM

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+


    KANGAR: Semua pegawai dan anggota polis berdepan kemungkinan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat jika mempunyai berat badan yang berlebihan.

    Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, setiap anggota serta pegawai perlu melepasi ujian Indeks Jisim Tubuh (BMI) bagi memastikan mereka mempunyai berat badan ideal.

    Zulkifli berkata langkah itu bertujuan untuk menerapkan budaya hidup sihat di kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat menjalankan tugas dengan baik dalam keadaan badan yang cergas.

    Beliau ditemui pemberita pada Program Kepolisan Berprofil Tinggi Kayuhan Basikal Cegah Jenayah sempena lawatan rasminya ke Perlis, yang baru tiba dari Pulau Pinang dan Kedah, meninjau banjir di negeri berkenaan.Beliau bersama pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Perlis turut membuat kayuhan basikal sejauh 20 kilometer di sini, yang turut disertai Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias.

    Katanya program itu selaras dengan objektif pengenalan program ‘Trim and Fit' yang diperkenalkan pihaknya tahun lepas, bagi memastikan tahap kesihatan pegawai dan anggotanya menjadi lebih baik.- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Tak Naik Pangkat Jika Berat Badan Berlebihan - PDRM "