• SUPP, UPP Perlu Segera Henti Bertelagah Jika Mahu Menang Di Sibu & Lanang

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    Jika dilihat kepada perkembangan politik semasa di Sarawak Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai peluang untuk merampas kembali kawasan Parlimen Sibu dan Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Namun masalah sekarang adalah pertelagahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang masih belum menemui kata putus sehingga hari ini.

    Semua pihak termasuk kepimpinan parti dan penganalisis politik berpendapat hanya kerjasama antara kedua-dua parti mampu menjelmakan kemenangan di Sibu dan Lanang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Profesor Madya Dr Ahi Sahok berkata, berdasarkan keputusan pilihan raya negeri lepas, adalah tidak mustahil BN berpeluang menawan kedua-dua kerusi tersebut.

    Persoalan sekarang menurutnya, siapakah calon yang bersesuaian memandangkan SUPP dan UPP masih bertelagah mengenai kerusi.

    "BN boleh menang jika SUPP dan UPP mahu menyokong satu sama lain dan membantu pada pilihan raya," katanya.

    Malah menurutnya, kepimpinan BN juga perlu mengenalpasti calon berpotensi untuk diturunkan bagi kedua-dua kerusi terbabit.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " SUPP, UPP Perlu Segera Henti Bertelagah Jika Mahu Menang Di Sibu & Lanang "