• Sudah Tiba Masa Wanita Dayak 'Jejak Kaki' Di Parlimen

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    "Sudah tiba masa wanita Dayak mempunyai suara di Parlimen," kata Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Doris Sophia Brodie seperti yang dilaporkan Dayak Daily.

    Beliau berharap sekurang-kurangnya seorang atau lebih wanita parti tersebut dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    "Ini semua melibatkan suara wanita Dayak yang perlu ada di Parlimen," ujarnya.

    Menurut Doris lagi, PRS sama seperti parti politik lain yang mempunyai sistem dan mekanisme sendiri untuk mengurus hal ehwal termasuk pemilihan calon berpotensi.

    "Kita mempunyai Jawatankuasa Pilihan Raya yang diketuai presiden parti sendiri dan jawatankuasa ini mempunyai tanggungjawab masing-masing berhubung tugas berhubung perkara itu," jelasnya.

    Malah katanya, cadangan dan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di setiap parlimen merupakan kriteria utama menentukan calon PRS.

    "Bagi kawasan yang mana ADUN bukan daripada PRS, maka Jawatankuasa Pilihan Raya akan menentukan berdasarkan pelbagai kriteria," kata Doris.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sudah Tiba Masa Wanita Dayak 'Jejak Kaki' Di Parlimen "