• Subaru tanggung AS$177 j kerana skandal

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    TOKYO: Subaru Corp memanggil semula 395,000 kenderaan di Jepun dan dijangka menanggung kos 20 bilion yen (AS$177 juta) akibat kesilapan prosedur pemeriksaan akhir di kilang pemasangan tempatan.

    Minggu lalu, pengeluar sedan Legacy dan Outback SUV crossover itu bercadang memanggil balik sekitar 400,000 kenderaan dan anggaran kos dijangka melebihi 10 bilion yen.

    Subaru, berhadapan jualan lemah di Amerika Syarikat (AS), pasaran terbesarnya, yang mengurangkan unjuran keuntungan operasi apabila mengumumkan keputusan kewangan sukuan, baru-baru ini.

    Ia menyandarkan keuntungan operasi dalam tahun kewangan semasa pada 380 bilion yen, berbanding unjuran 410 bilion yen sebelum ini dan lebih rendah daripada 410.8 bilion yen setahun lalu.

    Bulan lalu, Subaru berkata, sejak lebih 30 tahun, pemeriksaan akhir kenderaan baharu di kilang utama Gunma di utara Tokyo ada kalanya dijalankan sekumpulan juruteknik yang tidak bertauliah.

    Keadaan itu jelas melanggar syarat ditetapkan kementerian pengangkutan negara itu. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Subaru tanggung AS$177 j kerana skandal "