• Suara DUN Maradong Dan Repok Mula Bergema Di DUN Sarawak

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+
    Dua penggal sebelum Pilihanraya negeri (PRN) lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Maradong dan Repok yang diwakili wakil rakyat dari DAP, dan tidak pernah kedengaran perihal kepentingan rakyat dibawa ke DUN. Seakan tidak pernah timbul masalah di kedua DUN berkenaan walhal sebaliknya berlaku.

    Sejak itu kedua DUN berkenaan terus terpinggir dari arus pembangunan sepatutnya. Berbagai masalah yang menimpa rakyat tidak pernah diselesaikan kerana wakil rakyat DAP tidak pernah turun padang untuk mendengar rintihan.

    Kini sejak BN memenangi kedua kerusi DUN tersebut, perubahan demi perubahan semakin ketara dan rakyat yang dahulunya umpama menanti buah yang gugur telah mendapat hasil. Ini kerana wakil rakyat dari BN seperti Datuk Ding Kwong Hiing (Maradong)dan Dato Sri Huang Tiong Sii (Repok) bekerja keras membela rakyat kawasan. Masalah rakyat mula didengari dan penyelesaian dapat dilaksana.

    Kini suara DUN Maradong dan Repok bergema di DUN setelah dua penggal sepi tanpa usul penting untuk rakyat. Satu persatu pembangunan yang diperlu oleh rakyat mula diusul dan harapan Maradong dan Repok untuk bangkit daripada ketinggalan dari arus pembangunan akan menjadi realiti.

    Inilah kesannya apabila rakyat memilih tepat wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat kawasan dan tidak mustahil pada PRU14 nanti sekali lagi rakyat di dua DUN tersebut akan memilih Ahli Parlimen Sarikei daripada Barisan Nasional dan mengubah corak pembangunan Parlimen Sarikei ke tahap lebih optima. A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Suara DUN Maradong Dan Repok Mula Bergema Di DUN Sarawak "