• Suami Simbah Asid Muka Isteri Kerana Isteri Bekerja

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+


    SEORANG wanita melalui pengalaman yang menyakitkan dan menakutkan apabila dia disimbah dengan asid oleh suaminya hanya semata-mata kerana dia ingin kerja.

    Zakira Ali Sheikh, dari India, mendapat kerja sambilan sebagai pembuat sabun selepas suaminya, Roobab enggan berkerja sebagai penarik beca.

    Sikap pemalas Roobab itu menyebabkan mereka sekeluarga tidak mempunyai wang untuk menyara dua anak mereka.

    Namun Roobab bertindak kejam dengan menyimbah asid ke muka isterinya dengan alasan wanita itu telah menjatuhkan martabat dan maruahnya sebagai lelaki.

    Dia mengunci Zakira dalam rumah dan kemudian menyimbah asid. Tiada siapa yang dapat membantu kerana pintu dikunci.

    “Saya menangis kesakitan. Hanya 10 minit selepas itu barulah adik saya dapat masuk ke dalam rumah dan membantu saya,’’ katanya.

    Serangan itu mengakibatkan dia buta sebelah mata manakala sebelah lagi matanya tidak boleh ditutup.

    Dia kini dirawat di hospital di Mumbai dengan saluran pernafasan terpaksa dimasukkan ke dalam lehernya bagi membolehkan Zakira bernafas.

    Susulan itu satu kempen memungut derma untuk membiayai perubatannya telah dilancarkan. Setakat ini sebanyak £29,090 berjaya dikumpulkan. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Suami Simbah Asid Muka Isteri Kerana Isteri Bekerja "