• Suami Isteri Simpan Kambing Dalam Rumah

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    TERENGGANU : Sepasang suami isteri menggunakan ruang tamu rumah mereka di Kampung Nibong, Kuala Berang di sini sebagai tempat berteduh 14 ekor kambing bagi mengelak haiwan ternakan tersebut lemas ditenggelami banjir.

    Bagi Rohani Mamat, 50, dan suaminya, Ismail Othman, 60, kebajikan haiwan ternakan perlu diutamakan kerana ia menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan mereka.

    Menurut Rohani, kesemua ternakan miliknya itu mula dibawa naik ke rumah untuk bermalam sejak kelmarin kerana kandang bersebelahan rumah mereka rosak teruk akibat ditimpa ribut pada Ahad lalu.

    “Selepas kandang roboh, semua kambing berkumpul dibawah rumah namun keadaan air yang semakin naik menyebabkan kami mengambil keputusan untuk membawa kambing tersebut ke dalam rumah bagi mengelakkan ia mati kesejukan.

    “Kira-kira pukul 3 pagi kelmarin kami pindahkan kesemuanya ke ruang tamu dan sudah dua malam kambing-kambing tersebut tidur di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. – K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Suami Isteri Simpan Kambing Dalam Rumah "