• Struktur Kawal Selia Mata Wang Digital - BNM

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sudah melaksanakan kerja asas bagi pembangunan struktur pengawalseliaan untuk mata wang digital.

    Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata mulai tahun depan, bank pusat itu menetapkan entiti yang menukar mata wang kripto kepada mata wang tunai akan termaktub di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

    "Langkah ini bagi mengelakkan penyalahgunaan sistem untuk aktiviti jenayah dan menyalahi undang-undang, selain memastikan kestabilan serta integriti sistem kewangan.

    "Kita harus bersiap sedia kerana banyak pakar dan mata wang digital akan menjadi satu norma kepada kehidupan kita.

    "Kemunculan mata wang digital seperti yang dijangkakan dianggarkan oleh beberapa pihak akan menandakan permulaan era baru dalam sektor kewangan.

    "Sebagai pihak berkuasa, kita menyedari perkembangan ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Anti-Pembiayaan Keganasan ke-Tiga, di sini, hari ini.

    Persidangan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Yang turut hadir, Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan serta Menteri Koodinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Struktur Kawal Selia Mata Wang Digital - BNM "