• St. Nicholas' Chapel Bandar Baru Samariang Terima Sumbangan RM200,000 Daripada Kerajaan Negeri

    Published: Sunday, 19 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri menyumbangkan RM200,000 kepada St. Nicholas' Chapel Bandar Baru Samariang hari ini.

    Ia bagi membolehkan rumah ibadat tersebut membangunkan dewan serbaguna.

    Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi menyampaikan sumbangan tersebut yang diterimanya daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

    "Ini menunjukkan kerajaan begitu prihatin dan mengambil berat tentang pembangunan rumah ibadat," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.-Sarawakiana

  • No Comment to " St. Nicholas' Chapel Bandar Baru Samariang Terima Sumbangan RM200,000 Daripada Kerajaan Negeri "