• SPRM Terima Senarai Calon PRU Untuk Disemak

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum.

    Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kebiasaannya agensi itu hanya menerima senarai calon dari BN untuk disaring.

    “Parti-parti pembangkang sering mengambil ringan terhadap perkara berkenaan.

    “Terpulanglah kepada parti-parti yang ingin bertanding untuk menghantar senarai nama calonnya bagi disemak dan disaring,” lapor Kosmo.

    Pada 30 Sept lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata BN sudah menghantar sebahagian calon untuk disaring oleh SPRM.

    Tambah Dzulkifli, proses saringan penting untuk memastikan calon PRU-14 daripada semua parti politik bebas daripada penyelewangan dan rasuah.

    Katanya, suruhanjaya tidak akan memaksa parti-parti terbabit untuk berbuat demikian.

    “Sekiranya terima, kita bersedia untuk melakukan proses saringan,” katanya. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " SPRM Terima Senarai Calon PRU Untuk Disemak "