• SPRM Jangan Hanya Fokus Pekerja Bawahan Sahaja - CUEPACS Sarawak

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+


    KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Negeri Sarawak berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih fokus dalam gerak gempur membanteras gejala rasuah serta salah guna kuasa di negara ini tanpa mengira kedudukan, pangkat serta jawatan bagi seseorang penjawat awam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pengerusinya Ahmad Malie berkata, dalam usaha memastikan status bebas rasuah ini dapat dicapai menjelang 2020 SPRM seharusnya melaksanakan tugas tersebut dengan lebih konsisten.

    Menurutnya, pihaknya menggesa agar jangan menjadikan penjawat awam yang berstatus orang bawahan sahaja sebagai fokus dan sasaran gerak gempur dan serangan penyiasatan SPRM.

    Jelas beliau, usaha tersebut dilihat sebagai suatu yang positif demi menjaga kepentingan penjawat awam.

    “Tidak bermakna CNS mengakui penjawat awam pada masa kini telah banyak terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa namun sekadar peringatan dari awal lagi, agar gejala ini tidak akan wujud dalam kalangan penjawat awam sampai bila-bila.” katanya.

    Sehubungan itu, dengan terlaksananya gerak gempur itu kelak akan mewujudkan ‘roh’ penjawat awam yang membenci rasuah dan salah guna kuasa demi kemakmuran serta kesejahteraan hidup.-Sarawakiana
  • No Comment to " SPRM Jangan Hanya Fokus Pekerja Bawahan Sahaja - CUEPACS Sarawak "