• Speaker Parlimen Catalonia ditahan

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+


    MADRID: Mahkamah Agung Sepanyol mengarahkan Speaker Parlimen Catalonia ditahan berikutan peranannya dalam perisytiharan kemerdekaan wilayah itu, kecuali beliau membayar wang jaminan sebanyak 150,000 euro (RM732,123).

    Arahan ke atas Carme Forcadell itu dikeluarkan susulan deklarasi kemerdekaan yang diluluskan oleh Parlimen Catalonia pada bulan lalu.

    Jurucakap mahkamah berkata, Forcadell perlu segera membayar wang jaminan itu atau beliau akan ditahan.

    Pada 27 Oktober lalu, Parlimen Catalonia mengisytiharkan kemerdekaan wilayah itu selepas pungutan suara yang diharamkan menyokong langkah berpisah daripada Sepanyol.

    Tindakan itu memaksa Kerajaan Sepanyol menarik balik kuasa autonomi Catalonia, menggantung Parlimen dan kerajaan, selain mengarahkan satu pilihan raya diadakan bulan depan.

    Forcadell dihadapkan ke mahkamah di sini, semalam bersama lima yang lain atas tuduhan pemberontakan, menghasut dan penyalahgunaan dana awam, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Speaker Parlimen Catalonia ditahan "