• SKMM terima 38 kes aduan kes buli siber dalam tempoh 11 bulan tahun ini

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR 8 Nov. - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menerima sebanyak 38 aduan melibatkan kes buli siber sepanjang tempoh Januari hingga November tahun ini.

    Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Keselamatan, Pengurusan Media Baru, Aduan dan Advokasi SKMM, Dr.Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, bilangan kes berkenaan tidak menunjukkan angka yang besar kerana dipercayai ramai lagi mangsa tidak membuat aduan dan hanya mendiamkan diri walaupun menjadi mangsa buli siber.

    “Kebanyakkan kes melibatkan di laman sosial seperti Facebook dan merupakan aduan paling banyak diterima oleh SKMM.

    “Bagaimanpun ada mangsa terutama pelajar sekolah yang menjadi mangsa buli siber hanya mendiamkan diri tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa.

    Beliau berkata demikian ketika menjadi panel yang membincangkan mengenai Langkah Kenalpasti dan Tangani Kes Buli Siber sempena Minggu Media Kebangsaan (MSMW) di sini hari ini.

    Katanya, berdasar Laporan Kajian Kebangsaan Mengenai Keselamatan Siber Sekolah, lebih daripada 70 peratus pelajar sekolah terlibat dalam buli siber

    “Kebanyakkan mangsa yang terjebak dalam siber buli melibatkan pelajar sekolah yang berusia antara 13 hingga 15 tahun,” katanya.

    Dalam masa sama, katanya sebanyak 70 peratus pelajar sekolah dikenalpasti terlibat dalam pelbagai bentuk gangguan atas talian termasuk memuatnaik status yang tidak sopan di media sosial.

    “Ada dalam kalangan mereka menganggap tindakan memuat naik status di Facebook dengan menggunakan kata-kata yang tidak senonoh sebagai bukan satu kesalahan dan tidak melakukan buli siber,” katanya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " SKMM terima 38 kes aduan kes buli siber dalam tempoh 11 bulan tahun ini "