• SKMM siasat 269 kes kesalahan siber

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat 269 kes kesalahan siber termasuk buli siber sejak Januari sehingga 30 September lalu.

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari, berkata daripada jumlah itu, 54 peratus atau 146 kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

    "Sebanyak 56 kertas siasatan sudah disediakan dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.

    Beliau menjawab soalan lisan Dr Ismail Daut (BN-Merbok) yang bertanya berapakah jumlah kes kesalahan mengikut Akta 588 sepanjang tahun ini ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

    Jailani berkata, bagi memupuk budaya penggunaan media baharu secara bijak, kementerian mewujudkan program Klik Dengan Bijak bertujuan mendidik masyarakat dan mengelakkan mereka melanggar undang-undang mengikut Akta 588.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " SKMM siasat 269 kes kesalahan siber "