• SKMM Kenal Pasti Dalang Bocor Data

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenal pasti sumber yang dipercayai menyebabkan kebocoran data peribadi yang didakwa terbesar dalam sejarah negara.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, SKMM juga telah mengadakan perbincangan dengan semua syarikat telekomunikasi mengenai kebocoran data tersebut.

    “Kes ini sedang dalam siasatan polis dan SKMM. Kita boleh kenal pasti dari mana sumber yang mungkin menyebabkan kebocoran ini berlaku.

    “Kita akan selesaikan perkara ini secepat mungkin demi kepentingan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

    Sebelum ini, portal lowyat.net diarahkan SKMM supaya menarik balik penyiaran artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari pekerjaan.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " SKMM Kenal Pasti Dalang Bocor Data "