• SK Kampung Bulau Masih Ditutup Akibat Banjir

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    MIRI: Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bulau dalam daerah Subis, Miri, yang ditutup sejak semalam, masih tidak dapat meneruskan persekolahan hari ini berikutan paras air belum surut.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata keadaan banjir masih tidak berubah dengan air meliputi di dalam dan luar kawasan sekolah berkenaan setakat pukul 2 petang ini.

    "SK Kampung Bulau mempunyai seramai 38 murid, 12 guru dan seorang kakitangan pentadbiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

    JPBN dalam kenyataan sama turut menyatakan selain SK Kampung Bulau, turut terjejas ialah 310 orang dari 62 buah rumah di Kampung Bulau namun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

    "Keadaan terkawal serta selamat dan keadaan cuaca dilaporkan cerah," katanya.

    -- BERNAMA
  • No Comment to " SK Kampung Bulau Masih Ditutup Akibat Banjir "