• Shamie, Tommy, Shreen Tinggalkan Sarawak

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    Musim 2018 bakal menyaksikan Sarawak kehilangan sekurang-kurangnya tiga bintang muda selepas mendapat tawaran daripada beberapa pasukan.

    Mereka terdiri daripada Nur Shamie Iszuan Amin, Tommy Mawat dan Shreen Tambi yang mengambil keputusan menyertai PJ Rangers FC musim depan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, penghijrahan ketiga-tiga pemain untuk menyertai pasukan Liga FAM itu diakui sendiri Shamie.

    "Saya turut menerima tawaran daripada pasukan Selangor. Namun saya memilih PJ Rangers FC kerana pasukan itu serius memerlukan khidmat saya untuk membentuk pasukan mantap bagi memburu kejuaraan Liga FAM.

    "Tambahan lagi, saya memang berhasrat mencari pengalaman baharu dengan pasukan luar," katanya.

    Menurutnya lagi, Sarawak dan Selangor memberikan tawaran menarik kepada beliau namun PJ Rangers FC tetap menjadi pilihan.

    Dengan penghijrahan ketiga-tiga pemain itu, Sarawak yang turun ke Liga Perdana berdepan masalah untuk mencari pemain berkualiti bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mereka.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Shamie, Tommy, Shreen Tinggalkan Sarawak "