• Serangan New York: Suspek Didakwa ‘Gembira’ Lakukan Pembunuhan

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    NEW YORK: Imigran kelahiran Uzbekistan yang disyaki mendalangi serangan terburuk di bandar ini sejak 16 tahun lalu didakwa ‘gembira’ melakukan pembunuhan dan telah merancang serangan itu sejak setahun yang lalu.

    Perkara itu didedahkan sekumpulan ejen persekutuan ketika menyoal siasat suspek yang dikenali sebagai Sayfullo Saipov di sebuah hospital di Manhattan di sini.

    Dalam kejadian kelmarin, suspek yang memandu sebuah trak pikap dipercayai merempuh orang ramai hingga menyebabkan lapan terbunuh manakala sekurang-kurangnya 12 yang lain cedera. - AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Serangan New York: Suspek Didakwa ‘Gembira’ Lakukan Pembunuhan "