• Serangan Masjid al-Rawda: Rakyat Mesir berkabung

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+
    Mesir mengisytiharkan berkabung berikutan serangan maut yang membunuh lebih 300 orang termasuk kanak-kanak di Semenanjung Sinai iaitu serangan terburuk di negara itu.

    Pihak tentera Mesir berkata, pesawat pejuang kini menyerang lokasi yang menjadi tempat persembunyian pemberontak di utara Sinai sebagai serangan balas.

    Menurut pendakwa raya negeri, kira-kira 30 militan yang menyamar dan membawa bendera kumpulan Daesh mengepung masjid terbabit sebelum membunuh jemaah ketika sembahyang Jumaat.

    27 kanak-kanak antara yang maut, katanya.

    Kumpulan Daesh bagaimana pun masih tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu namun kumpulan berkenaan menjadi suspek utama serangan diikuti cawangan Sufi dari puak Syiah.

    Pengebumian kesemua mangsa dijalankan sepanjang malam dan kebanyakan mereka dikebumi tanpa dimandikan kerana disifatkan sebagai syahid, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

    Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengisytiharkan berkabung selama tiga hari dan berazam untuk “membalas serangan ganas”, yang disifatkan sebagai yang terburuk di dunia sejak serangan 11 September, 2001 di Amerika Syarikat.

    “Tentera dan polis akan membalas kematian mereka yang syahid dan mengembalikan keamanan dan kestabilan dengan kekerasan dalam tempoh singkat yang terdekat,” katanya ketika berucap di televisyen.

    Beberapa jam kemudian, tentera udara Mesir menyerang kenderaan yang digunakan pengganas dalam serangan itu dan membunuh kesemua yang berada di dalamnya berhampiran bandar yang menjadi lokasi serangan. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Serangan Masjid al-Rawda: Rakyat Mesir berkabung "