• Semua Kes Perbicaraan Membabitkan NCR Perlu Ditangguh Dahulu

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+
    JULAU : Ahli Parlimen Julau Joseph Salang Gandum menggesa kerajaan negeri menangguh semua rayuan atau kes perbicaraan berkenaan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dijalankan masa kini.

    Memetik laporan Bernama, Salang meminta kes mahkamah ditangguh terlebih dahulu bagi membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal baru kanun tanah yang akan bersidang pada bulan Mei tahun hadapan.

    "Ini adalah berkaitan keperihatinan kerajaan negeri terhadap pemilik tanah.

    "Saya berkata sedemikian berdasarkan kapasiti sebagai Ahli Parlimen dan bukan sebagai ahli jawatankuasa khas yang membincangkan isu NCR," katanya dipetik Bernama.

    Jelasnya, isu berkaitan Pemakai Menoa (Rizab Komunal) dan Pulau Galau mempunyai pelbagai versi mengaitkan ia dengan komuniti Penan yang akhirnya mengundang kekeliruan.

    "Bukan mudah untuk kami membincangkan pada awalnya. Setelah dikaji dengan teliti Majlis Adat Istiadat Sarawak, kami menemukan berbagai maksud Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

    "Berlainan komuniti membawa makna yang berbeza dan ia tidak sama sekali. Tambahan ia mempunyai maksud yang berbeza mengikut perbezaan kawasan.

    "Sebagai contoh Iban di Betong, Lubok Antu, Saribas, Julau mahupun Kapit mempunyai maksud tersendiri berkenaan PM dan PG," ujarnya.

    Tambah Salang, untuk melakukan perubahan, perkara tersebut harus mencapai standard yang sedang dibincang oleh jawatankuasa khas dan jangan mendengar persepsi yang mendakwa jawatankuasa tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Semua Kes Perbicaraan Membabitkan NCR Perlu Ditangguh Dahulu "