• Semua Kampung Di DUN Mambong Akan Dihubungkan Dengan Jalan Raya

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+


    KUCHING: Setiap perkampungan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong bakal menikmati akses jalan raya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil berkata, semua kampung di konstituensinya dijangka akan dihubungkan dengan jalan raya pada penghujung tahun depan kecuali Kampung Jabir.

    Menurutnya, pada ketika ini kerja-kerja pembinaan jalan perhubungan dari Kampung Asum ke Kampung Sapit di Hulu Padawan dijangka akan dimulakan pada waktu terdekat manakala jalan akses dari Kampung Kakas ke Kampung Kiding sedang dibina dan dijadual siap pada 24 Oktober 2018.

    Dr Jerip yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan turut berkata, peruntukan RM10 juta telah diluluskan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) semasa pentadbiran bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

    "Projek jalan sepanjang tiga kilometer bagi Kampung Kiding dan Kampung Sapit terletak kira-kira 60km dari bandar raya Kuching ini menelan kos sebanyak RM5juta dan ketika ini satu-satunya jalan akses ke dua kampung itu ialah melalui jalan tanah merah sedia ada yang sempit dan sebahagiannya berbatu kelikir.

    "Penduduk di kedua-dua kampung itu akan mengalami kesukaran melalui jalan berkenaan setiap kali musim hujan kerana permukaannya licin dan berbahaya." katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Semua Kampung Di DUN Mambong Akan Dihubungkan Dengan Jalan Raya "