• Sektor Pelancongan Sarawak Laksanakan Pembangunan Resort Pantai

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+


    KUCHING – Sektor pelancongan Sabah akan mula melaksanakan pembangunan resort pantai yang belum diteroka sepenuhnya.

    Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Ik Pahon Joyik berkata pantai-pantai yang belum terusik dari Tanjung Datu ke Sematan dan Lundu berpotensi bagi pembangunan resort.

    “Kita mempunyai pelan induk untuk membangunkan resort di sepanjang pantai ini,” kata Pahon dalam perbincangan panel mengenai “Sarawak sebagai Destinasi Pelancongan Premium” pada Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

    Pahon berkata satu lagi rancangan ialah untuk membangunkan tasik hidro untuk aktiviti berperahu seperti terdapat di Vietnam dan Kemboja.

    Sementara itu, pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah Datuk Seri Dr Tengku Zainal Aldin Tengku Mahamood berkata Sarawak perlu memelihara hutan hijau dan kelestarian alamnya selama-lamanya untuk menarik lebih ramai pelancong melawat negeri ini.

    Beliau berkata Sarawak mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan selain kaya dengan budaya dan warisan, biodiversiti dan mempunyai destinasi-destinasi pelancongan yang menarik.

    Kerajaan Sarawak perlu bertanggungjawab bukan sahaja untuk memelihara hutannya tetapi juga dalam pembangunan industri pelancongan sambil menambah bahawa beliau yakin Sarawak dapat melakukannya, katanya.

    Dr Zainal juga berkata Taman negara di Sarawak dan Sabah meliputi kawasan yang luas dan kedua-dua negeri kaya dengan flora dan fauna dengan mempunyai kira-kira 50,000 spesies tumbuh-tumbuhan, burung dan serangga.

    Terdahulu, Pahon dalam ucaptamanya berkata beliau bersetuju dengan beberapa pelawat asing bahawa masih ada permata tersembunyi di bumi Sarawak yang belum terusik dan diteroka sambil menambah Sarawak mempunyai hutan hujan tropika tertua di dunia.

    Beliau berkata Taman Negara Gunung Mulu yang merupakan satu daripada tapak Warisan Dunia UNESCO dan beberapa taman negara lain mempunyai ciri-ciri yang unik daripada segi sistem geo dan hidupan liar.

    Beliau menambah bahawa Sarawak berusaha untuk memulihara dan mengamalkan pengurusan alam sekitar yang lestari dan menjadi benteng terakhir untuk alam sekitar yang mengekalkan keaslian di dunia.

    Poahon berkata taman negara yang harus dilawati selain Mulu ialah Taman Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggok (yang mengkhaskan penempatan bagi Orang Utan), Taman Negara Gunung Gading (Raffalesia), dan Gua Niah yang merupakan tapak arkeologi terpenting berikutan penemuan fosil manusia berusia 40,000 tahun dahulu. – BERNAMA
  • No Comment to " Sektor Pelancongan Sarawak Laksanakan Pembangunan Resort Pantai "