• Sejarah Melayu Sarawak Bukan Sekadar Propaganda

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+
    Kajian terhadap kewujudan Melayu Sarawak merupakan satu catitan sejarah yang harus didedahkan kepada umum kerana ia bukan satu cerita yang boleh dipetik sembarangan melainkan dari kajian yang mendalam serta prolifik dari pakar sejarah yang bertauliah.

    Kajian Datu Dr Sanib Said misalnya, mendaptasikan satu bahan sejarah menerusi buku melibatkan kajian yang mempunyai bukti kukuh seperti penemuan artifak dan kajian sains dan sebagainya yang menguatkan lagi fakta kewujudan bangsa Melayu.

    Buku “Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang” karangan sejarawan ulung negeri Sarawak Datu Dr Sanib merupakan kajian ilmiah mengandungi penemuan 5 negeri Melayu yang hilang, iaitu belum diketahui orang para sarjana dan orang ramai di seluruh dunia.

    Bagi Sanib, buku tersebut pastinya buah tangan untuk tatapan generasi akan datang.

    Ironinya terdapat kalangan netizen di Sarawak melihat fakta sejarah dari sudut negatif, malah sanggup mengheret kajian itu kearah sentimen perkauman yang sempit dengan menuduh pendedahan sejarah kewujudan Melayu merupakan satu propaganda untuk menghapus kewujudan kaum lain.

    Jika kita lihat sejarah tentang Hang Tuah di peringkat nasional, terdapat perbezaan pendapat dikalangan sejarawan berkaitan tokoh tersebut. Namun tidak pernah kedengaran mereka memaki hamun, berbeza dengan kita di Sarawak.

    Memahami sejarah awal kewujudan kaum Melayu Sarawak merupakan keperluan bagi suatu masyarakat yang ingin mengetahui asal usul nenek moyang mereka. 

    Cubaan kelompok tertentu untuk mengaitkan kajian sejarah Melayu dengan sentimen perkauman hanyalah cubaan gagal golongan terdesak. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Sejarah Melayu Sarawak Bukan Sekadar Propaganda "