• Sejarah Awal Melayu Dan Negeri Melayu Sarawak

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+
    Foto: Koleksi Datuk Sanib Said
    Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah kewujudan Melayu di Sarawak dan kurangnya sumber untuk mendapat maklumat yang boleh dijadikan rujukan dan bahan ilmiah yang terdapat di pasaran.

    Seorang pakar sejarah Sarawak yang ulung Datu Dr Sanib Saib mempunyai jawapan tentang sejarah Melayu Sarawak melalui hasil kajian beliau bertahun-tahun dan beliau mengadaptasikan kajian tersebut dalam sebuah buku bertajuk 'Sejarah Melayu, Sejarah yang hilang'.

    Dalam buku tersebut tercatit asal usul kewujudan Melayu dan terdapat foto penemuan artifak yang menyokong kewujudan Melayu serta kerajaan Melayu yang telah hilang.

    Menurut Sanib, Berdasarkan fakta pengorangan bermula dari afrika. Orang melayu berasal dari afrika.

    74000 sm tahun lalu berdasarkan kajian debu. Dunia masa itu ada 6 tahun malam. Gen melayu adalah kombinasi afrika, India dan china menurut kajian.

    Ras yang besar adalah Melayu merupakan yang terbesar pada masa itu.

    Kewujudan Melayu Sarawak berdasarkan penemuan fakta sejarah yang kewujudan negeri Melayu terawal melalui hasil kajian yang menyeluruh.

    Kewujudan Negeri Melayu di Sarawak bermula 600 hingga 1600 tahun masihi dan Dr. Sanib membuktikan kewujudan negeri-negeri ini dengan mencari dengan membuat penafsiran manuskrip Melayu-Jawi yang ditemui dalam simpanan orang perseorangan dan bahan dari seluruh kepulauan Borneo hingga ke Kalimantan.

    Negeri pertama yang ditemui adalah Negeri Saribas daripada Syair Cetera Tarsilah Abang Gudan dengan Temenggong Kadir Negeri Saribas.  Negeri Saribas telah didirikan oleh Temenggong Kadir dari Kesultanan Brunei pada tahun 1530 dan kemudian diteruskan oleh Datuk Gudam.

    Datuk Merpati membuka negeri di Kuala Santubong. Santubong adalah negeri abad ke7 600 masihi hingga ke 13 (1200). Semenjak itu terbuka ruang ilham menemukan Negeri Santubong (600M), Negeri Samarahan (1200), Negeri Kalaka (1365), Malano (1365) dan Banting (1511). - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Sejarah Awal Melayu Dan Negeri Melayu Sarawak "