• “Segalanya Masih Tenang” - Hans

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+


    PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Hans Isaac yang kini bercuti di Bali, Indonesia memberitahu situasi di sana masih tenang biarpun ada kemungkinan gunung Agung akan meletus sekali lagi.

    Hans, 46, berkata, lokasi pelancongan seperti di daerah Seminyak dan Kuta kelihatan seperti santai sahaja.

    "Orang dekat sini masih keluar bersiar. Kami boleh pergi ke taman tema air dan banyak tempat. Lokasi kami agak jauh dari kawasan berbahaya.

    "Bagaimanapun, jika situasi berubah, kami mungkin akan lanjutkan percutian kami atau mencari jalan pulang yang lain," kata Hans kepada The Star Online.

    Hans yang berada di pulau tersebut sejak Sabtu lalu memberitahu dia dan keluarganya selamat dan akan meninggalkan Bali pada Jumaat.

    "Kami menetap di Seminyak dan tiada masalah di sini. Sebenarnya pulau ini besar. Saya harap semuanya akan kembali baik," ujarnya.

    Gunung Agung terletak di timur Bali dengan ketinggian melebihi 3,000m.

    Pihak berkuasa mahu penduduk tempatan yang tinggal dalam lingkungan jarak lapan hingga 10 kilometer dari gunung berapi itu bersedia ke pusat kecemasan dan mengingatkan bahawa akan berlaku satu letupan lebih besar tidak lama lagi.

    Sevelum ini letupan paling besar berlaku pada 1963 dan telah mengorbankan lebih daripada 1,000 orang dan memusnahkan beberapa buah kampung.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " “Segalanya Masih Tenang” - Hans "