• Sarawak Terima Pensijilan Sihat Akaun Awam Kali Ke-15 Berturut-Turut

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Untuk kali ke-15, Sarawak sekali lagi dianugerahkan Persijilan Sihat bagi Akaun Awam untuk tahun 2016.

    "Pencapaian ini menyerlahkan amalan pentadbiran yang baik dan menanam budaya disiplin dalam pengurusan kewangan negeri selama setahun," kata Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ini merupakan kali ke-15 berturut-turut rekod bersih membuktikan kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang baik dalam menguruskan soal kewangan dengan kaedah yang telus dan bertanggungjawab.

    "Rumah penarafan antarabangsa, Moody's dan Standard and Poor's masing-masing telah mengekalkan penarafan kredit gred pelaburan A3 dan A bagi negeri Sarawak.

    "Pencapaian ini mencerminkan rekod berterusan pengurusan kewangan kukuh dan prestasi disokong oleh simpanan kukuh dan amalah bajet yang berhemah," ujarnya.

    Tambahnya, pencapaian ini menyerlahkan amalan pentadbiran yang baik dan menanam budaya disiplin dalam pengurusan kewangan negeri.- Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Terima Pensijilan Sihat Akaun Awam Kali Ke-15 Berturut-Turut "