• Sarawak Pay Akan Dihubung Dengan Ali Baba

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merancang untuk menghubungkan aplikasi e-wallet, Sarawak Pay dengan pembayaran Ali Baba.

    "Dengan itu orang ramai boleh membuat urusan jual beli dengan pedagang China," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Mengulas lanjut mengenai Sarawak Pay, beliau berkata, aplikasi yang dijangka dilancarkan bulan November itu akan memudahkan rakyat Sarawak membayar bil secara atas talian dan tidak perlu menggunakan tunai seperti sebelum ini.

    Malah menurutnya, Bank Negara juga sudah meluluskan aplikasi pembayaran tersebut yang melibatkan perkhidmatan kerajaan dan rakyat.

    "Dengan Sarawak Pay, rakyat Sarawak boleh membayar perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti bil elektrik, bil air dan sebagainya hanya menggunakan telefon pintar.

    "Kita berharap dapat melancarkan aplikasi ini dalam bulan depan," ujarnya.-Sarawakiana




  • No Comment to " Sarawak Pay Akan Dihubung Dengan Ali Baba "