• Sarawak Masih Kurang Pelajar STEM

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee menyeru ibu bapa agar memupuk minat dalam kalangan anak-anak mereka terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang boleh menjamin masa depan lebih cerah.

    "Masyarakat tidak dapat lari daripada teknologi malah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mewujudkan dasar ekonomi digital bagi membawa Sarawak maju ke hadapan dalam bidang tersebut.

    “Masa depan anak-anak kita banyak bergantung kepada subjek ini. Oleh itu, usaha mengembleng dan menambah lebih ramai pelajar khususnya Bumiputera dalam STEM harus dilipatgandakan pada masa akan datang," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurut Dr Annuar, Sarawak masih kekurangan jumlah pelajar STEM dengan hanya hanya 25.71 peratus pada tahun lalu berbanding 47.84 peratus seluruh Malaysia.

    “Tanpa STEM sudah pasti masyarakat Bumiputera khususnya jauh ketinggalan jika kita tidak dapat mempertingkat prestasi pencapaian dalam usaha ini,” ujarnya. -Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Masih Kurang Pelajar STEM "