• Sarawak Mampu Jadi Pengeluar Makanan Utama Menjelang 2030 - Uggah

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    Kerajaan negeri bercita-cita untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeluar makanan utama menjelang tahun 2030 menenerusi amalan dan kaedah pertanian moden, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Memetik laporan The Borneo Post, Uggah berkata, Sarawak mempunyai sekitar 12.4 juta hektar tanah pertanian tetapi sebahagian golongan petani masih melakukan pertanian subsisten.

    "Para petani perlu menerapkan teknologi baru untuk meningkatkan kualiti pengeluaran ladang mereka dan meningkatkan pengeluaran mereka,"

    "Untuk menjadi pengekaport makanan bersih, petani kita perlu meningkatkan keluasan ladang mereka selain menghasilkan produk berkualiti seiring dengan permintaan pasaran global,"

    Uggah menambah kerajaan negeri melihat ini sebagai datu cabaran yang besar namun mereka yakin dapat menggalakkan petani tempatan menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak.

    "Kami akan memastikan apa sahaja produk yang mereka hasilkan akan memenuhi piawaian kualiti yang ketat dari negara pengimport,"

    Menurut Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Menteri Pembangunan Wilayah berkata, kerajaan negeri turut merancang untuk menubuhkan pusat pengumpulan atau 'Food Basket' di lokasi strategik untuk buah-buahan dan hasil pertanian untuk eksport ke pasaran asing.

    "Tanah yang terbentang dari Betong ke Bahagian Sarikei telah dikenalpasti antara kawasan yang akan dikembangkan menjadi 'Food Basket' negeri," - Sarawakiana.
  • No Comment to " Sarawak Mampu Jadi Pengeluar Makanan Utama Menjelang 2030 - Uggah "