• Sarawak Mampu Capai 17.4% KDNK Melalui Ekonomi Digital

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    Sarawak mampu mencapai sasaran 17.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025 memandangkan kerajaan negeri telah memulakan pendekatan yang mantap untuk mengubah dan mempelbagaikan ekonomi digital, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) Datu Dr Sabariah Putit.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Dr Sabariah berkata, pelaburan tambahan dalam pertumbuhan produktiviti juga diyakini akan dapat menyokong pertumbuhan digital Sarawak.

    "Sasaran itu dibuat berdasarkan daripada jangkaan sumbangan potensi ekonomi digital KDNK Sarawak sebanyak 2.3 peratus pada tahun depan.

    "Usaha mentransformasikan Sarawak ke arah ekonomi digital akan membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pasaran global," katanya

    Beliau menambah, kerajaan negeri juga sedang mempergiatkan usaha termasuk untuk mengurangkan jurang sosioekonomi, menjana peluang perniagaan melalui e-dagang dan meningkatkan peluang pekerjaan terutama belia.

    "Usaha ini akan mewujudkan peluang yang lebih besar untuk rakyat sama ada dari segi pekerjaan dan sebagainya," ujarnya.  - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Mampu Capai 17.4% KDNK Melalui Ekonomi Digital "