• Sarawak Laksana Sistem Bekalan Air Grid Atasi Masalah Air Luar Bandar

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    Kerajaan negeri Sarawak bakal melaksanakan sistem bekalan air grid negeri yang dikenali sebagai ‘State Water Grid System’ untuk mengatasi masalah bekalan air luar bandar khususnya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, isu bekalan air bersih di kawasan luar bandar sentiasa menjadi perhatian kerajaan negeri.

    "Kerajaan negeri kini sedang menjalankan kajian bagi melaksanakan sistem baharu tersebut.

    "Kita telah membuat keputusan untuk membuat sistem bekalan air grid negeri dan kajian sedang dijalankan untuk mengetahui sumber air yang bersesuaian, mungkin dari empangan sama ada Empangan Batang Ai atau Empangan Bengoh," katanya.

    Abang Johari menambah, ia merupakan perancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan luar bandar.

    "Pelaksanaannya memerlukan peruntukan yang tinggi, jadi kita mengkaji kaedah pelaksanaan kewangan yang terbaik untuk merealisasikan perancangan ini." ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Laksana Sistem Bekalan Air Grid Atasi Masalah Air Luar Bandar "