• Sarawak Kurang Guru Berkualiti, Dasar 90:10 Sukar Dilaksana

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Dasar 90:10 guru tempatan yang dirancang kerajaan negeri sebelum ini tidak dapat diteruskan, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

    Menurutnya, kerajaan negeri tidak dapat mendesak untuk mencapai dasar tersebut disebabkan kurangnya guru kelahiran Sarawak yang berkualiti.

    "Saya tidak cuba untuk menyokong pengambilan guru dari Semenanjung Malaysia tetapi sebahagian daripada mereka adalah guru yang benar-benar bagus.

    "Kita tidak boleh terus memenuhi dasar 90:10 ini walaupun inilah yang diinginkan kerajaan negeri, tetapi kita perlu memikirkan kualiti guru juga," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menjelaskan bahawa kualiti pendidikan harus diberikan keutamaan terutama sekali di kawasan luar bandar supaya pelajar dapat menikmati kaedah pembelajaran berkualiti.-Sarawakiana




  • No Comment to " Sarawak Kurang Guru Berkualiti, Dasar 90:10 Sukar Dilaksana "