• Sarawak Boleh Minta Tambah Jika Bajet 2018 Tidak Cukup

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+
     

    Sarawak boleh meminta peruntukan tambahan sekiranya jumlah Bajet 2018 yang diperuntukkan untuk Sarawak yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lalu tidak mencukupi.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Timbalan Ketua Menteri Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, ia bukanlah bajet 'one off'.

    Jelasnya, peruntukkan tersebut jangan hanya dilihat dari sudut tidak mencukupi tetapi orang ramai harus meneliti dan memahami isi kandungan bajet berkenaan.

    Menurutnya, Bajet 2018 merupakan satu bajet yang inklusif dari segi aspek membantu rakyat dan dengan itu permohonan bagi mendapatkan peruntukan tambahan akan dibuat semasa ‘rolling plan’ bajet bagi tahun berikutnya .

    Beliau yang berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Program Outreach Petronas di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Pelagus, di Kapit Jumaat lepas.

    Dalam pada itu, Masing yang juga Menteri Pembangunan Insfrastruktur dan Pengangkutan turut berkata, Bajet 2018 bagi negeri Sarawak akan dibentangkan pada Persidangan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 akan terus memfokuskan polisi 'Go Rural'.

    Jelas beliau, ia adalah bagi memastikan pembangunan di kawasan pedalaman Sarawak seperti yang diinginkan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem sebelum ini diteruskan.

    "Bajet akan datang yang diperuntukan ke kawasan luar bandar akan diteruskan dan saya menyakini bahawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan meneruskan polisi berkenaan, dan itulah harapan saya." ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Boleh Minta Tambah Jika Bajet 2018 Tidak Cukup "