• Sarawak Bakal Bangunkan Stesen TV Sendiri

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bercita-cita mahu negeri ini mempunyai stesen televisyen sendiri pada masa akan datang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata sekiranya diberi peluang untuk memimpin negeri ini dengan lebih lama beliau mahu merealisasikan keinginan tersebut.

    “Selepas saya mungkin lebih lagi, mungkin ada yang wujudkan satelit di angkasa lepas, siapa tahu. Kalau sudah ada satelit kita mungkin mampu mempunyai televisyen kita sendiri, tidak perlu kita bergantung kepada RTM dan TV3 sahaja.

    “Tetapi, mungkin televisyen ini akan ada pada masa saya (memimpin), mudah-mudahan umur saya panjang,” katanya.

    Walaubagaimanapun, ketika ditemui pemberita, beliau menyatakan bahawa ia tidak spesifik namun akan diwujudkan.

    Beliau menambah, dengan adanya stesen televisyen sendiri akan lebih banyak keunikan budaya masyarakat Sarawak dapat dipromosikan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Bakal Bangunkan Stesen TV Sendiri "