• Sarawak Antara 4 Destinasi Pelaburan Teratas Malaysia

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak secara konsisten berada antara empat destinasi pelaburan teratas di Malaysia sejak sembilan tahun lepas, demikian kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

    "Dalam dua tahun lalu, Sarawak telah berpindah kepada tiga kedudukan teratas.

    "Justeru, melihat pada pencapaian ini, kita menjangkakan lebih banyak pelaburan masuk ke negeri ini," katanya seperti Utusan Borneo.

    Menurut Awang Tengah, Sarawk telah meluluskan pelaburan bernilai RM7.8 bilion untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

    "Jumlah itu tidak termasuk cadangan projek keluli RM12.6 bilion dan projek metanol yang bernilai RM8.4 bilion di Bintulu," ujarnya.

    Ujarnya, pencapaian itu bukan secara kebetulan tetapi hasil kepimpinan yang bijak dan pelaksanaan yang berkesan oleh kerajaan negeri. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Antara 4 Destinasi Pelaburan Teratas Malaysia "