• Saran Gaji Posmen Dinaikan

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+


    BALAKONG: Pos Malaysia disaran menaikkan gaji posmen dengan mengambil kira tugas golongan itu yang bukan mudah selain terpaksa menghadapi ancaman keselamatan di jalan raya.

    Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee, berkata, posmen terpaksa bekerja di bawah matahari dan hujan, tidak berbaloi jika dibandingkan skop kerja dengan gaji yang dibayar.

    “Saya memahami pekerjaan ini bukannya mudah, mereka terdedah cuaca tidak menentu selain ancaman lain ketika berada di atas laluan jalanraya.

    “Selain itu, saya dapati gaji seorang posmen hanya RM1,400 sebulan termasuk elaun yang mana ia tak setimpal kerja dilakukan,” katanya ia menjadi penyebab kekurangan kakitangan di jabatan itu.

    Eddie Ng berkata demikian kepada pemberita selepas menerima aduan daripada penduduk dan peniaga di sekitar Taman Cheras Jaya, Taman Megah dan Pekan Batu 11 Cheras yang mendakwa lambat menerima surat daripada posmen.

    Difahamkan, kelewatan mencecah tempoh melebihi dua minggu berbanding sebelum ini.

    Setelah membuat siasatan dan menghubungi Pejabat Pos Pekan Batu 9 Cheras, beliau difahamkan situasi berlaku berikutan kekangan kakitangan.

    Kawasan perkhidmatan Pejabat Pos Batu 9 Cheras merangkumi Hulu Langat; Bandar Mahkota Cheras; Bandar Sungai Long; sekitar Batu 11 Cheras; Taman Megah; Taman Suntex dan Batu 9 Cheras.

    Semua kawasan itu dianggar mempunyai 100,000 ‘touch point’ sedangkan pejabat pos hanya mempunyai 29 orang posmen.

    “Nisbah posmen di kawasan ini perlu ‘menyentuh’ 1,700 ‘touch point’ seorang jika mereka perlu menghantar surat kepada 50,000 alamat. Sedangkan Pos Malaysia umum nisbah 1,030 ‘touch point’ bagi seorang posmen barulah tepati piawaian mereka.

    “Ini bermaksud seorang posmen perlu menghantar surat ke empat alamat dalam tempoh seminit, sebab itu saya gesa gaji posmen dinaikkan kerana ini kemungkinan besar mereka hadapi kekangan kakitangan,” katanya.

    - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Saran Gaji Posmen Dinaikan "