• Samsung Lancar Aplikasi TV Seecolors Untuk Rabun Warna

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    SEOUL – Samsung Electronics Co pada Selasa berkata syarikat itu telah melancarkan aplikasi SeeColors secara global bagi membantu golongan rabun warna dengan tafsiran warna yang agak tepat, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

    Gergasi teknologi Korea Selatan itu telah melancarkan perkhidmatan itu di Hungary, Romania dan Bulgaria awal tahun ini, manakala pelancaran global bermula pada Isnin.

    Aplikasi SeeColors, dibangunkan rakan kongsi Samsung iaitu syarikat Colorlite yang berpangkalan di Hungary, mengendali ujian warna ke atas pengguna dengan ketepatan kira-kira 90 peratus serta menggunakan skrin khas untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih terang dan jelas.

    Program itu boleh dimuat turun dari pasaran aplikasi TV Pintar Samsung, digunakan bagi model mewah yang dikeluarkan sejak Mac.

    Ujian itu juga boleh dijalankan di telefon pintar yang boleh dihubungkan kepada televisyen. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Samsung Lancar Aplikasi TV Seecolors Untuk Rabun Warna "