• Sampai Hati Ibu...

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    Bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam surau perempuan di sebuah stesen minyak di Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang kira-kira 7 pagi, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan bayi itu pada 7.26 pagi.

    “Bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui orang awam dalam keadaan dibalut dengan kain batik dan diletakkan dalam beg kertas.

    “Pemeriksaan awal terhadap bayi itu mendapati dia dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya.

    Megat berkata, pihaknya sedang giat mengesan suspek yang terbabit dengan kejadian itu.

    “Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Sampai Hati Ibu... "