• Salang Terima Sokongan Penuh PBB Meluan Pada PRU14

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+

    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Meluan yang diketuai Pengerusinya Kaunselor Paulus Dandi Banyang menyatakan semua ahli akan memberi sokongan penuh kepada Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

    Menurutnya sokongan penuh diberikan kepada Salang dalam mempertahankan kerusinya di konstituensi terbabit pada PRU14.

    Paulus berkata demikian ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Mambang Kana, Nanga Lingah,Julau baru-baru ini.

    Pada PRU13 lalu, Salang telah menang majoriti undi sebanyak 5,955 dengan jumlah 9,891 dari Parti  Barisan Nasional(BN) menewaskan Wong Judat dari Sarawak Worker Party(SWP) dengan jumlah 3,936 manakala Wong Hong Yu dari Parti Keadilan Rakyat dengan menerima undi sebanyak 2,852.

    Sementara itu, sayap wanita PBB Meluan yang diketuai oleh Flora Panggau turut menyuarakan sokongan terhadap Salang.

    Salang yang juga Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah diberi mandat oleh Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing mempertahankan kerusi itu untuk penggal kelima.-Sarawakiana
  • No Comment to " Salang Terima Sokongan Penuh PBB Meluan Pada PRU14 "