• Saintis Cuba Edit DNA Sendiri Supaya Kuat

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+


    WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Seorang saintis cuba mengedit DNA sendiri untuk meningkatkan kekuatan dan pertumbuhan otot seterusnya menjadikan diri lebih hebat dan deria lebih tajam, lapor Mirror.co.uk.

    Biokimia, Josiah Zayner menjadi orang pertama dalam sejarah mengedit DNA sendiri menggunakan alat CRISPR.

    Dia yang juga merupakan bekas pekerja NASA membuang myostatin yang menghalang pertumbuhan otot melalui teknologi pemotongan gen.

    "Kali pertama dalam sejarah, manusia tidak menjadi hamba kepada genetik," katanya.

    Teknologi tersebut sangat dikawal di Amerika Syarikat dan United Kingdom tetapi tidak menyalahi undang-undang untuk mengedit DNA sendiri.

    Dalam pada itu, seorang lagi 'biohacker' AS merancang untuk memasukkan mutasi genetik yang membolehkan manusia melihat spektrum ultraviolet.

    Terdapat penyelidik mendakwa akan ada kesan sampingan terhadap aktiviti tersebut namun ada menjelaskan sudah menjadi norma biasa para saintis bereksperimen terhadap diri sendiri. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Saintis Cuba Edit DNA Sendiri Supaya Kuat "