• Sabah Patut Ikut Sarawak Dalam Isu MA63 - Wilfred Bamburing

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing menggesa kerajaan Sabah mencontohi tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak membentangkan usul mengenai tindakan yang akan diambil berhubung hak-hak negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Memetik laporan SarawakVoice.com, Wilfred berkata, ADUN di Sabah seharusnya membentangkan satu usul berkenaan MA63 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang akan datang pada 17 November ini.

    "Kerajaan negeri boleh merancang untuk ke London bagi memeriksa dokumen-dokumen berkenaan ataupun mereka boleh merujuk kepada dokumen-dokumen yang diperoleh oleh pasukan undang-undang Sarawak yang membuat lawatan ke London bagi mengkaji dan mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan pembentukan Malaysia yang antara lainnya minit mesyuarat Jawatakuasa Antara Kerajaan (IGCO) yang menjadi sebahagian daripada laporan IGC dan MA63 itu sendiri." katanya.

    Menurut Wilfred lagi, partinya juga boleh membantu kerajaan negeri dalam menyediakan dokumen-dokumen berkaitan sekiranya diperlukan kerana mereka juga telah memperoleh salinan dokumen berkaitan yang membawa kepada pembentukan Malaysia.

    Antara hak negeri adalah termasuk hak Sabah terhadap laut wilayah, bidang kuasa ke atas kawasan Pelantar Benua yang terdiri daripada dasar laut dan tanah bawahnya di mana rizab minyak dan gas boleh didapati. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sabah Patut Ikut Sarawak Dalam Isu MA63 - Wilfred Bamburing "