• Rusia Didakwa Batu Api Dalam Pemisahan Scotland

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+


    WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang senator mendakwa ejen siber Rusia bersedia di Scotland untuk memberi sokongan dalam sebuah referendum kemerdekaan.

    Menurut laporan Telegraph, Angus King memberitahu Jawatankuasa Perisikan Senat Amerika Syarikat (AS) mengenai perkara tersebut.

    "Kita tahu Rusia terlibat dalam pilihan raya Perancis. Kita tahu mereka terlibat dalam pilihan raya Jerman. Kita baru dapat mereka terlibat dalam pemisahan Catalonia dari Sepanyol.

    "Dan sekarang saya mendapat tahu mereka sedang bersedia di Scotland untuk membantu undi perpisahan (Scotland) dari Britain," kata Angus.

    Semalam, Ahli Parlimen, Damian Collins menuntut jawapan dari laman sosial, Facebook sama ada Rusia menggunakan platform berkenaan untuk membuat kacau di Scotland.

    Facebook sebelum ini mengaku terdapat posting dari ejen Rusia di Facebook dan disaksikan lebih 126 juta pelayar AS semasa kempen pilihan raya presiden AS tahun lepas. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Rusia Didakwa Batu Api Dalam Pemisahan Scotland "