• Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-12 Bermula

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12 bermula di sini hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo mengetuai delegasi negara masing-masing.

    Kedua-dua pemimpin itu terlebih dahulu menghadiri Mesyuarat Terhad kira-kira 10.35 pagi.

    Najib dan Joko atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi, selepas itu langsung menghadiri Mesyuarat Delegasi Malaysia-Indonesia.

    Najib dan Jokowi dijadual mengeluarkan kenyataan bersama selepas perundingan itu.

    Beberapa orang menteri menyertai perundingan bersama itu termasuk dari Malaysia Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-12 Bermula "